Saturday, 12 December 2015

Drumstik Berempah

Drumstik Ayam Kampung Berempah. Diperap dengan rempah terpilih. Sesuai untuk digoreng, dibakar, masak lemak, atau rendang jawa (ungkep).

Ramuan : Ayam Kampung, kunyit, serai, halia, ketumbar, jintan, bawang merah, bawang putih, dan garam.

Potongan : Peha sahaja

Hubungi Faezal (012-3887126)


Saturday, 5 December 2015

Kepak BBQ Madu

Kepak Ayam Kampung BBQ Madu. Diperap dengan sos bbq dan dicampurkan dengan madu bagi mewujudkan rasa manis semulajadi. Sesuai untuk di bakar.

Ramuan : Ayam Kampung, bawang besar, bawang putih, halia, serai, sos BBQ, madu, cili, kicap pekat, kunyit, lada sulah, dan garam.

Potongan : Kepak sahaja

Hubungi Faezal (012-3887126)


Saturday, 28 November 2015

Ayam Kampung Spicy

Ayam Kampung Spicy. Disalut dengan tepung goreng yang sedap dan pedas. Sesuai untuk digoreng sahaja.

Ramuan : Ayam Kampung, ketumbar, tepung gandum, tepung jagung, cili, lada sulah, sebuk penaik, dan garam.

Hubungi Faezal (012-3887126)


Saturday, 21 November 2015

Ayam Kampung BBQ Madu

Ayam Kampung BBQ Madu. Diperap dengan sos bbq dan dicampurkan dengan madu bagi mewujudkan rasa manis semulajadi. Sesuai untuk di bakar.

Ramuan : Ayam Kampung, bawang besar, bawang putih, halia, serai, sos BBQ, madu, cili, kicap pekat, kunyit, lada sulah, dan garam.

Hubungi Faezal (012-3887126)


Saturday, 14 November 2015

Ayam Kampung Blackpepper

Ayam Kampung Blackpepper. Diperap dengan sos blackpepper. Sesuai untuk dibakar.

Ramuan : Ayam Kampung, halia, bawang putih, sos lada hitam, sos tiram, garam, dan gula.

Hubungi Faezal (012-3887126)


Saturday, 7 November 2015

Ayam Kampung Berempah

Ayam Kampung Berempah. Diperap dengan rempah terpilih. Sesuai untuk digoreng, dibakar, masak lemak, atau rendang jawa (ungkep).

Ramuan : Ayam Kampung, kunyit, serai, halia, ketumbar, jintan, bawang merah, bawang putih, dan garam.

Hubungi Faezal (012-3887126)


Friday, 9 October 2015

MENGAPA PILIH AYAM KAMPUNG?

Antara kebaikan ayam kampung yang dapat diperolehi adalah, ayam kampung ini diternak melalui kaedah lepas atau free-range dimana ayam kampung akan menjadi lebih tahan lasak dan membesar secara semula jadi. Dengan itu, ayam-ayam kampung ini dapat menyerap segala nutrisi yang perlu untuk pembesaran yang sihat dan kesannya dapat memberikan ayam-ayam ini tumbesaran yang sihat, kurang berlemak dan bebas bahan kimia. Melalui cara ini, kita boleh memperolehi daging ayam kampung yang rendah kolesterol dan lemak, tetapi kaya dengan protein dan karbohidrat. Pembesaran ayam kampung tidak dipengaruhi oleh hormon pembesaran, di mana fungsinya untuk mempercepatkan pembesaran ayam untuk tujuan pengeluaran awal.

Selain itu, ayam-ayam kampung ini begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang sedap dan berkhasiat tinggi. Ciri-ciri daging yang enak dan berprotein tinggi tanpa kolestrol ini menyebabkan harga ayam kampung di pasaran adalah tinggi berbanding dengan harga ayam daging komersial. Dagind ayam kampung ini juga agak liat, pejal dan manis berbanding dengan ayam daging komersial yang dijual di pasaran. Kandungan yang dimiliki oleh ayam kampung ialah 246 tenaga (kkal), 37.9 protein (gr), dan 9 lemak (gr). Dari segi nutrisi, ayam daging komersial lebih tinggi lemaknya berbanding ayam kampung. Ayam kampung juga kaya dengan kandungan mineral seperti kalsium, karbon, zat besi, fosfer, kalium, dan zinc serta mempunyai vitamin A dan B.

Tambahan lagi, ayam kampung ini tidak diberi sebarang suntikan bahan kimia seperti ayam daging di pasaran. Perkara ini jelas menggambarkan ayam kampung jauh lebih sihat berbanding ayam daging di pasaran, kebiasaannya ayam daging akan mula diproses pada usia 3-4 bulan. Berbeza pula dengan ayam kampung yang memakan masa lebih daripada itu untuk disembelih atau diproses. Ayam kampung ini dipelihara oleh masyarakat sebagai sumber protein haiwan yang baik dari segi daging atau telur ayam itu, bahkan najis atau kotorannya juga dapat dimanfaatkan sebagai baja tanaman mahupun makanan ikan. Oleh kerana itu, ayam kampung mestilah diiberi makanan yang secukupnya untuk mendapatkan keadaan ayam serta telur yang berkhasiat.

Monday, 5 October 2015

Tahap Matang Ayam Kampung

Benarkah tahap matang ayam kampung kacuk lagi awal dari ayam kampung ori?

Sepanjang pengetahuan & pengalaman saya dalam bidang ternakan ayam kampung ni, tahap matang bagi ayam kampung sama sahaja antara kacuk & ori, malah apa pun jenis ayam kampung tu, tahap matangnya masih sama. Barangkali disebabkan saiz ayam kacuk kelihatan lebih besar pada umurnya maka ramai beranggapan bahawa ayam kacuk lebih awal matang berbanding ayam kampung ori...

Saiz badan ayam kampung kacuk tidak boleh dibuat perbandingan dengan saiz badan ayam kampung ori pada usia tertentu... saya bagi contoh;

           pada usia 2 bulan berat ayam kampung kacuk ialah 700-900g dan ayam kampung ori ialah 200-300g. Iaitu sama dengan berat ayam kacuk pada usia 3 minggu. 


Dari segi umurnya ayam ini ada pada tahap yang sama tetapi saiznya yang berbeza... ada beberapa amalan yang tidak betul biasa dilakukan penternak; terutama yang baru menceburi bidang ini...

  1. Pada usia 2 bulan, ayam ori masih dikurung tetapi ayam kacuk sudah dilepaskan/dibebaskan. Hakikat sebenar, ayam ini sebaya, kaedah penjagaan juga perlu sama.  
  2. Pemakanan ayam. Bagi penternak yang bebaskan ayam mereka, biasanya ayam kacuk telah diberi makan makanan sendiri atau saki baki makanan atau olahan sendiri apabila beratnya mencapai 1.0kg, sedangkan ayam itu masih berada pada  usia muda dan memerlukan lebih protien. 
Umur ideal ayam matang ialah 6 bulan, biasanya ayam pada usia ini sudah sedia untuk berkawin & bertelur. Pada pandangan saya pula, adalah lebih elok sekiranya ayam jantan tu berumur 8 bulan. Benihnya adalah lebih baik berbanding ayam muda. Samada ia ayam kampung kacuk atau ori tahap matangnya tetap sama. 

Friday, 2 October 2015

Ayam Kampung Kacuk dan Ayam Kampung Ori

Kebiasaannya saya banyak mempromosikan ayam kampung, kali ini saya akan berkongsi kisah ternakan ayam kampung pula. Rasanya wajar penggemar ayam kampung & rakan penternak lain mengetahui serba sedikit tentang ternakan ayam kampung ini. 

Ramai yang telefon saya akan bertanya soalan "ni ayam kampung kacuk atau ori?", boleh kata ramai akan tanya soalan seumpama ini... bila diberitahu ayam kampung kacuk, maka mereka akan membatalkan niat untuk mengorder ayam kampung tersebut. Banyak tanggapan yang salah tentang ayam kampung kacuk ini, ada setengah yang fikir ayam kampung kacuk ni sama dengan ayam pedaging... ini tanggapan yang tidak tepat! ayam kampung tetap ayam kampung.... kenapa ayam lebih besar? kenapa kacuk?

  1. Yang dinamakan ayam "kacuk" tu sebab cross-breed  yang dibuat antara ayam kampung biasa dengan ayam kampung yang lebih besar. tujuannya adalah untuk penghasilan daging yang lebih banyak, ayam kampung jenis saigon antara ayam kampung yang berbaka badan besar dengan kuantiti daging yang lebih banyak. Perkembangan dunia penternakan ayam kampung telah mendorong penternak-penternak ayam kampung untuk mengkaji dan menghasilkan baka ayam kampung yang lebih baik, oleh itu wujudlah ayam kampung yang bersaiz besar dengan daging yang lebih banyak. Disebabkan kurang maklumat tentang perkembangan ini, maka ramai yang masih beranggapan ayam kampung ni bersaiz kecil (tidak lebih 1.2kg seekor). Tiada beza yang besar antara ayam kampung kacuk & ayam kampung ori, bezanya cuma ayam kampung ori memerlukan masa 6bln untuk dijual tetapi ayam kampung kacuk hanya 3bln sahaja. Pada saya ayam kampung kacuk yang dijual pada usia 90 hari atau pada berat 1.5kg ni masih ANAK AYAM, sepatutnya umur matang bagi ayam kampung ialah 6 bulan, sebab itu lah rasanya tidak semanis ayam kampung ori. Cuba bela ayam kampung kacuk tu sehingga umur 6 bulan, pasti rasanya sama... 
  2. Teknik penjagaan antara ayam kampung ori lebih bebas, ayam akan dibebaskan mencari makan sendiri, ada juga yang menyediakan baki makanan dari rumah untuk ayam ini. Oleh itu, ayam ini akan mengambil masa yang agak lama untuk membesar disebabkan sumber protien yang terhad. Walaubagaimanapun, ayam kacuk biasanya dibela untuk tujuan dijual, maka penternak akan menyediakan dan mengawal diet pemakanan ayam ini sehingga mencapai berat tertentu (biasanya pada berat 1.5kg). teknik penjagaan ini lebih teratur, kandungan protien dalam makanan juga konsisten, oleh itu ayam akan membesar pada usia yang lebih muda. 
  3. Rekabentuk reban. Ayam ori biasanya bebas, tidak diletak dalam reban kurung. Aktiviti ayam ini menyebabkan protien membentuk menjadi daging yang kenyal & lemak sangat kurang (lemak tak sempat terbentuk disebabkan aktiviti ayam yang aktif). Sebab itu saiz ayam kampung ori lebih kecil dan ringan. Manakala ayam kacuk pula, kebiasaannya diternak dalam reban yang dikhaskan, ayam tidak dibebaskan dan makanan disediakan. Aktiviti ayam ini lebih terhad, jadi proses pembesaran ayam akan konsisten. Kenapa ayam di kurung? Bagi penternakan ayam kampung secara komersial, ayam perlu dikurung mengikut umur/batch, tujuannya untuk elakkan ayam bergaduh untuk makan dan memudahkan proses menuai apabila ayam mencapai umur atau berat tertentu. Selain itu, kualiti ayam juga dapat diseragamkan. 
Secara keseluruhannya, tiada beza antara ayam kampung ori & ayam kampung kacuk. Ayam kampung ori sekiranya diberi makanan seperti mana ayam pedaging, saya yakin ia juga akan sebesar ayam pedaging. Pemakanan ayam ini yang banyak mempengaruhi kualiti rasa daging ayam kampung. Melainkan ayam kampung itu diberi suntikan atau makanan tambahan penggemuk, itu baru saya percaya kualiti rasa nya akan berubah. 

Tuesday, 29 September 2015

Makanan Yang Baik Bermula Dari Sumber Yang Baik

Firman Allah :
Maksudnya : Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
Demikianlah petikan ayat suci al-Quran yang menekankan mengenai pengambilan makanan yang halal dan baik dalam kehidupan. Peraturan pemakanan orang Islam adalah peraturan yang lengkap yang merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Sememangnya makanan merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Allah di samping nikmat keamanan dan kesejahteraan.
Dewasa kini, kita dapat melihat banyak penjualan ayam-ayam kampung yang telah dipelihara dan disembelih dengan cara yang terbaik mengikut kaedah Islam. Antara alternatif lain kepada ummat Islam untuk mendapatkan ayam yang halal ialah melalui ayam kampung atau ayam kampung organik.
Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai “free range chicken” atau “organic chicken”. Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Manakala ayam kampung organik adalah ayam diberi makanan yang bersih dan berkhasiat tinggi yang menawarkan faedah perubatan bagi pengguna, pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi dan ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol berbanding ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai antibiotik, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.

Siapa yang memakan ayam kampung ini?

Ayam ini hanya dimakan oleh golongan yang mengutamakan kesihatan sebagai altenatif daripada memakan ayam daging biasa yang dibesarkan dengan cara suntikan antibiotik dan hormon tumbesaran.

Apakah kesan kekerapan pengambilan ayam daging?

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lagi membimbangkan untuk satu tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya. Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat. Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak. Tambahan pula, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan. Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal(tempoh matang sekitar 90hari sahaja). Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Apa sebenarnya kelebihan ayam kampung berbanding ayam daging biasa?

AYAM KAMPUNG - Adalah ayam yang diternak secara sistematik, ditambahnilai dengan diberikan pemakanan organik yang berkhasiat bagi meningkatkan kualiti dan keaslian citarasa ayam semulajadi.

KELEBIHAN AYAM KAMPUNG
- Bebas Antbiotik, Bebas Suntikan Hormon, Beta Agonist atau Salbutamol
- Disembelih secara HALALAN TOYYIBAN
- Penggunaan Dedak dan Jagung sebagai makanan utama
- Rendah Kolestrol dan Sedikit Lemak
- Tinggi Kandungan Protein
- Daging Berkualiti dan Rasa Lebih Enak
- Bebas Selsema Burung, Bakteria Salmonella dan E-Coli
- Bebas Bahan Pengawet dan mempunyai Kandungan Nutrisi yang Tinggi
- Baik untuk Kesihatan dan mampu Membina Sistem Imunisasi Badan

Sebenarnya makanan juga mempengaruhi kehidupan anda, kerana makanan yang baik menjamin kesihatan yang baik serta melahirkan kehidupan yang baik. Tidak salah untuk kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik kerana Allah berfirman 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. (Surah ar-Ra'd 13:11)

Jadi kepada anda semua lakukanlah perubahan sekarang supaya dapat menjamin kepada masa depan yang lebih baik.


p/s: tak salahkan untuk membelanjakan wang anda lebih dari kebiasaan pada hari ini supaya anda tidak perlu untuk membeli sebuah kehidupan pada masa hadapan...fikir2kanlah

Monday, 21 September 2015

Jagung Kuning

Terdapat tiga jenis jagung, iaitu : jagung merah, jagung putih, dan jagung kuning. Tapi, Jagung Kuning-lah yang memiliki kandungan nutrisi paling besar dibandingkan dua lainnya. Sementara itu, kandungan metabolismenya mencapai 3.360 kkal/kg. Jagung kuning lebih baik dari jagung putih kerana mengandungi provitamin A yang diperlukan untuk meningkatkan mutu daging dan telur.

Jagung Kuning merupakan bahan utama makanan ayam kampung kami kerana penggunaannya mencapai 15-70% dari jumlah makanan.

Saturday, 19 September 2015

Makanan Ayam

Secara asasnya makanan ayam kampung dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

(1) Makanan komersial/dagangan
     - makanan ayam permulaan (layer starter mars)
     - makanan ayam membesar (layer grower mash/pellet)
     - makanan ayam penghabisan (layer finisher mash/pellet)



(2) Makanan campuran atau sisa makanan.
     - lebihan nasi, hampas kelapa dan isi kelapa.
     - dedak,beras hancur, padi, ubi kayu/keledek.
     - ikan, baja dan lain-lain.

Istimewanya Ayam Kampung kami hanya dibekalkan DEDAK dan JAGUNG sahaja kerana pihak kami amat menitik berat aspek kualiti produk. Sumber makanan yang bersih akan menjamin kesihatan tubuh badan yang baik. Jadi, walaupun harga ayam kampung dikatakan mahal, tetapi khasiatnya berganda.

Thursday, 17 September 2015

Hanc Farm

Ayam kampung ternakan kami adalah 100% halal kerana kami amat menitik beratkan aspek pemakanan serta pemprosesan produk kami. Konsep ternakan yang kami jalankan bersifat "free range" atau lepas bebas ternyata lebih berkualiti kerana tumbesaran ayam kampung berlaku secara semulajadi serta penggunaan dedak dan jagung dalam diet pemakanan ternakan menghasilkan daging yang bebas daripada antibiotik, hormon dan seumpamanya.

Pemeliharaan haiwan ternakan kami tidak hanya tertumpu kepada ayam kampung semata kerana kami turut menternak ayam mutiara, ayam eksotik serta itik untuk dijual.







Tuesday, 1 September 2015

Ayam Kampung Frozen

Assalamualaikum. JIMATKAN masa dan MUDAHKAN tugas memasak ANDA. TERBARU di pasaran. Ayam Kampung Frozen. TERJAMIN halal.
Dapatkan segera. Hubungi Faezal (0123887126)